Jumaat, 23 April 2010

MuNaFiK YaNg ALiM

Salam mahabbah pembuka bicara..:) kiranya sudah lama blog ini dibiarkn sepi tnpa bicara..erm kesibukan kian menghambat..nmun tangunggjwb utk slg mngingatkn sesama insan ttp diutamakan bak kata Hassan Al-Banna.... ‘Tanggungjawab mengatasi masa yg ada’


Melihat kpd tjk entry kl ini,mgkn ada d kalangan kalian yg tertanya2 bagaimana dkatakan alimnya golongan munafik ini. Perkara ini pernah dijelaskan oleh saidina Umar al-Khattab r.a yang berkata, “Yang paling aku takutkan akan terjadi kepadamu adalah kamu menjadi orang munafik yg alim,” lalu beliau di tanya “Bagaimana orang munafik dapat menjadi orang yang alim

Beliau lalu menjawab, “ Orang itu berbicara dengan kata-kata yg penuh hikmah,tetapi ternyata perbuatannya penuh dengan kemungkaran.” Ya tentu kalian fhm bukan setiap kata2 kita yg tdk seiring dgn perbuatan kita blhlh diketegorikan sebagai seorang munafik yg alim lidahnya.


Hal ini juga pernah dikatakan oleh seorang ulama kepada murid-muridnya “Jauhilah khusyuknya golongan munafik!” murid-muridnya lalu bertanya, “Bagaimanakah khusyuknya orang-orang munafik itu?” ulama’ tersebut lalu mnjawab, “ Kamu melihat pada zahirnya dia khusyuk,tetapi hatinya sebenarnya tdk


Ibn Rejab telah mendefinisikan kemunafikan dalam beramal sebagai ssorang yg secara zahirnya memperlihatkan kesolehan tetapi di dalam hatinya menyembunyikan kejahatan dan kerosakan,” Perkara ini juga boleh di lihat sebagai satu pembohongan dalam beramal iaitu berpura-pura giat beramal atau bekerja ketika di khalayak ramai agar di nilai sebagai orang yg rajin atau soleh,padahal ketika bersendirian ibadah menjadi lesu dan rasa malas pun membeleggu diri.

Saya pernah mendengar di mana seorang utz pernah berkata,org munafik ini boleh di nilai pada solat isyak dan subuhnya…sepertimana yg kita sedia maklum,kedua-dua solat ini amatlah berat kecuali bagi org2 beriman yg merasai kenikmatan beribadat kepada Allah S.W.T.


Fenomena ini juga sering terjadi kepada penuntut ilmu agama yg seringkali berbicara tentang agama dan permasalahan umat,adakah niatnya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata atau sekadar ingin di sanjung dan di puji, sekadar ingin di gelar sebagai seorng yg bijak pandai dan ilmu tersebut digunakan sekadar utk saling berbantahan antara satu sama lain. Perhatikanlah sabda Rasulullah s.a.w ini yg bermaksud:

"Barangsiapa yg menuntut ilmu agar ia dapat bermegah-megah (menyombong diri) dengan ilmu itu terhadap para ulama’ dan dapat berbantahan dengan ilmu itu terhadap orang yg bodoh,dan dapat memalingkan dengannya wajah-wajah manusia, maka Allah akan masukkanyya ke dalam neraka Jahannam.”

(Riwayat Ibnu Majah)


Sepertimana kita tahu,kelompok ini selalu ada di sepanjang zaman,tanyakan pada diri..apakah kita tergolong dalam kelompok ini..jangan hanya menuding jari ke arah orang lain…sy selaku penuntut jurusan agama terkadang terasa malu dgn diri sendiri dan bertambah malu dgn Pencipta dr ini kerana niat-niat yg pelbagai bermukim dlm hati... Ya Allah mhon dijauhkan dr sft2 kemunafikan yg berselirat dn tetapkanlah hati ini di jalan-Mu..tepuk dada tanyalah iman,sama-samalah kita muhasabah diri,perbaiki niat,hadirkan keikhlasan dlm hati,perbetulkan matlamat,misi dan visi utk sama2 menggapai redha-Nya...Wallahua’lam….


Selasa, 9 Mac 2010

DiA InGiN KiTa LeBiH CaNtiK

Sepasang suami isteri pergi k sebuah kedai cenderamata utk mencari hadiah buat anak mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada sebuah cangkir yg cantik


Lihat cangkir itu,” kata si isteri kepada suaminya


Emm….inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat,” balas si suami


Ketika mereka mendekati cangkir itu, tiba2 cangkir itu berkata-kata. “ Terima kasih utk perhatian kalian, perlu di ketahui bahawa aku dahulu tidaklh cantik. Sebelum menjadi cangkir yg dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar.


Kemudian dia mulai memutar-mutar aku sehingga aku merasa pening. Berhenti!berhenti! aku berteriak. Tetapi orang itu berkata belum! Lalu dia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang. Berhenti!berhenti!teriakku lagi. Tapi orang itu terus sahaja menumbukku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi, dia memasukkan aku ke dalam ketuhar. Panas!panas!teriakku lagi dengan lebih kuat


Berhenti!cukup! teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, belum!Akhirnya dia mengeluarkan aku dari ketuhar itu dan membiarkan sehingga aku sejuk. Aku berfikir telah selesailah penderitaan aku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dia mula mewarnai aku. Bau warna yg digunakannya begitu memualkan. Berhenti!berhenti! aku berteriak…


Wanita itu berkata, belum! Lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku ke dalam ketuhar yg lebih panas dari sebelumnya!tolong!hentikan penyiksaan ini!sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi lelaki itu tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku.


Setelah puas ‘menyeksaku’ aku dibiarkan sejuk


Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku, aku terkejut sekali.hampir aku tidak percaya di hadapan cermin itu adalah sebuah cangkir yg begitu cantik!


Semua penderitaan dan kesakitan yg ku lalui menjadi sirna setelah ku lihat diriku,”


Moral: Begitulah Allah menbentuk kita. Di saat Allah membentuk kita, tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan dan banyak air mata yg tumpah kerana itu


Tetapi inilah satu-satunya cara bagi-Nya untuk mengubah kitasupaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan-Nya.


Anggaplah ia sebagai satu kebahagiaan bila kamu jatuh ke dalam pelbagai kesulitan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan ketekunan. Dan biarkanlah ketekunan itu menghasilkan buah yg matang supaya anda menjadi sempurna dan utuh serta tidak kekurangan satu apapun.


Apabila anda menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Dia sedang membentuk anda. Pembentukan itu memang menyakitkan tetapi setelah semua proses iyu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk anda.

Jumaat, 22 Januari 2010

1 CeRiTa SeRiBu TeLaDaN

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikutnya dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, segolongan orang berkata, “Lihatlah orang tua yg tidak bertimbang rasa itu, beliau membiarkan anaknya berjalan kaki.”



Setelah mendengarkan desas desus drp orang ramai itu, maka Luqman pun turun daripada himarnya dan diletakkan pula anaknya di atas himar itu. Apabila melihat perkara itu, maka orang-orang di pasar itu berkata pula: “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama anaknya. Kemudian orang ramai pun berkata lagi.Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu,”


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata. “ Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”


Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman Al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya: “Sesungguhnya tiada seorang pun yg terlepas daripada percakapan manusia. Orang yg berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah sahaja. Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yg menjadi pertimbangan dalam setiap hal yg dilakukan.”


Kesimpulannya di sini, utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia,gapailah redha Ilahi daripada redha manusia, sekalipun dipulaukan oleh manusia, tetaplah yakin kita masih ada Dia..yg tdk akan pernah meninggalkan kita..kata Bijak pandai: janganlah sedih dan kecewa jika tidak dihargai manusia, bersedihlah andai dr tidak berharga…lebih2 lg di dpn Allah.


Khamis, 8 Oktober 2009

TaZKiYaTuN NaFs: PeNYuCiaN JiWa SeORaNg Da’iE

Dalam arena pendakwahan, penguasaan ilmu dan kemampuan menyampaikannya sahaja tidak cukup sebagai modal dakwah. Untuk memastikan stamina dan rohani tetap terjaga, hati yg bersih dan jiwa yg suci diperlukan. Hal ini boleh di lihat menerusi buku Sa’id al-Hawwa iaitu Al-Mustakhlas fi tazkiyatil Anfus (mensucikan jiwa) yg menjelaskan tentang tiga komponen penting dlm misi dakwah para rasul iaitu tazkir (mengingatkan), ta’lim (mengajar ilmu), tazkiyah (mensucikan jiwa). Pewaris para nabi khususnya da’ie seharusnya memiliki tiga komponen ini.

Sesungguhnya dewasa kini, realitinya amat sedikit di antara mereka yg mempunyai ke tiga-tiganya secara sempurna. Ada yg menyampaikan nasihat (tazkirah), tetapi tdk mempunyai ilmu yg cukup sehingga sukar menghadapi beragam permasalahan umat yg terus-menerus muncul. Kenyataannya boleh di lihat menerusi ceramah-ceramah yg diberikan oleh para pndakwah kita yg rata-ratanya tdk mampu memberikan kesimpulan yg tepat dalam ssuatu ilmu yg di sebarkan. Ada juga yg berilmu, ttp tdk cukup pandai menyampaikan nasihat. Mereka tdk pandai berceramah dan tdk boleh menulis sehingga ilmunya itu hanya dinikmati sendiri. Ibarat pohon, ia hanya berdaun lebat, tetapi tdk berbuah.

Ada juga yg berilmu dan pandai menyampaikan nasihat, tetapi tdk mampu melakukan tazkiyah (mensucikan jiwa). Akibatnya, ia tdk sanggup mengubati beragam penyakit hati yg muncul. Jangankan mengubati penyakit org lain, dirinya sendiri pun tdk terubat. Orang seperti ini, meskipun mempunyai ilmu dan pandai memberikan nasihat, tapi takkan dapat bertahan lama. Lambat laun, ia akan di makan penyakit hati. Ibarat pohon, ia memang berdaun dan berbuah lebat, dapat memberikan manfat bg dirinya dan orang lain. Namun begitu, dalam batang pokok itu sndiri ada ulat dan pelbagai jenis binatang kecil yg terus memakannya sehingga ke daun dan bunganya yg sedang mekar. Dapat dibayangkan akhir hdp pohon tersebut. Batang,daun dan bunga akan rosak. Begitulah gambaran mereka yg berilmu dan pandai memberikan nasihat tp tdk melakukan tazkiyatun nafs. Oleh itu, peranan tazkiyatun nafs ini tdk boleh dianggap remeh. Peranannya sama spt ta’lim dan tazkir. Dapatlah dibayangkan bagaimana nasib org yg tdk berilmu dan juga tdk mampu memberi nasihat serta dirinya sndiri tdk melakukan tazkiyatun nafs, ia akan musnah sebelum berdaun, dan tak mungkin sempat berbunga apatah lg berbuah.

Jk ditelusuri sejak abad pertama Islam, telah muncul aliran Mu’tazilah, Syi’ah, Khawarij dan Murji’ah. Keempat-empat aliran itu lahir bukan kerana tdk mepunyai ilmu atau tdk mampu memberi nasihat. Sebaliknya sebahagian drp mereka adlh org2 yg mempunyai banyak ilmu dan mahir menyampaikn pndapatnya kpd org lain. Namun, mereka adlh org2 yg tdk mmpu mentazkiyah dirinya. Mereka tdk dpt menakluk pelbagai penyakit hati yg muncul dlm hatinya. Lahirnya fahaman Murji’ah cthnya adlh akibat dari keringnya hati sehingga tdk dpt merasa penderitaan saudaranya yg lain, ia cenderung menyendiri dan tdk peduli dgn apa yg terjadi. Hatinya mati. Fahaman Syi’ah pula muncul akibat kerasnya hati dan berasa diri sndiri benar, manakala fahaman Khawarij lahir akibat ketidakmampuan mengelolakan emosi. Sedangkan fahaman Muktazilah pula muncul akibat hilangnya sifat tawaduk, terlalu percaya diri dgn akal. Semuanya ini bermula dr keringnya hati akibat tdk mmpu mentazkiyah diri.

Walaupun begitu, penjagaan hati tdk cukup dgn perbuatan hati spt ikhlas, tawadu’ dan wara’. Ia jg harus diikuti amalan secara fizikal. Hal ini boleh di lihat menerusi firman Allah SWT yg bermaksud: “Wahai orang yg berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam……..” (al-Muzammil 1-10)lihat semula….

Para ahli tafsir berpendapat bahawa seruan ya ayyuhal muzammil (wahai orang yg berselimut ) adalah panggilan mesra dr Allah kpd kekasihNya yg sedang berduka. Ketika itu, Rasulullah s.a.w sdg menanggung beban psikologi yg teramat berat. Ada hentakan jiwa yg amat dahsyat. Di satu sisi, baginda sgt yakin dgn kebenaran yg di bawanya, tetapi utk meyakinkan orang lain terhadap kebenaran itu terlalu sukar. Rasulullah s.a.w berasa kesepian di tengah keramaian. Dlm keadaan seperti itu, Allah SWT memanggilnya dgn sapaan mesra, ya ayyuhal muzammil.

Paparan ayat pd awal surah ini merupakan petunjuk bg para pndakwah utk mengubati hati dan mentazkiyah diri. Inilah amalan yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabtnya yg dilakukan secara istiqamah dan terus menerus. Mereka telah membuktikan kekuatannya. Begitu jg tokoh Sultan Muhammad al-Fatih yg begitu unggul dlm penaklukannya ke ats Costantinople tdk prnh meningglkan solat tahajjud sjk beliau baligh. Beginilah caranya mrk membersihkan hati dn menyucikan jiwa.
Pelbagai hasil kajian menyatakan bahwa kecerdasan intelektual shj tdk cukup utk membuat ssorang itu berjaya. Ia memerlukan dua kecerdasan lain, iaitu emosional dan spiritual. Dua aspek inilah yg mnjadi sasaran utama target penyucian jiwa.

Setiap zaman pasti mempunyai masalah dan penyakitnya yg tersendiri. Seorang yg alim (berilmu) dan rabbani (pendidik) adlh mereka yg mampu mengubati pelbagai jns penyakit itu. Kejayaan mengubati penyakit itu adlh sebahagian dr tanda kemampuan ssorang mentazkiyah dirinya.




Rabu, 2 September 2009

Di KeDiNGiNaN MaLaM InI.....


Dalam kedinginan malam yang mencengkam ini pena hatiku mula menulis...di sebalik kegelapan dan kesunyian malam trsembunyi seribu rahsia dan hikmahnya kerana setiap ciptaan ALLAH s.w.t ternyata tidaklah sia-sia.
malam…….

Keindahan,kesepian dan kedinginan.....

Kesyahduanmu menyimpan segala rahsia yg telah berlaku di zaman silam

Gelapmu kadangkala mnjadi penyeri ibadat para abid merindu Tuhan

Tapi ada masanya di ambil kesempatan utk mmbuat dosa bg mereka yg menyangka malam dapat melindungi mereka daripada penglihatan Tuhannya

Rabiatul Adawiyah merintih di waktu malam:

"Tuhanku,bintang-bintang telah menghilang di balik awan,mata insan telah tidur lelap,pintu-pintu istana para maharaja telah di kunci,lalu setiap kekasih telah berada berdua-duaan dgn kekasihnya...dan inilah aku telah tampil mengadap-Mu.."

Malam...

Uwais al-Qarni menyambut kedatangan malam dgn berkata:

"Ini malam rukuk" lalu beliau pun solat dgn rukuknya yg panjang sehingga menjelang fajar...di malam yg lain beliau berkata:

"Ini malam sujud" lalu sujudlah beliau sepanjang malam sampai fajar tiba..inilah malam bagi Uwais al-Qarni.

Malam adalah detik bg yg berdosa memohon keampunan..lalu bersimpuh sujud dalam linangan air mata yg gugur di dada malam bagai daun-daun kering yg gugur perlahan-lahan....maka meluncurlah kata2 taubat ats keterlanjuran dan kesalahan seolah-olah dia di pujuk oleh ayat2 cinta Tuhannya yg berfirman:

" Demi malam apbl telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tidak pula membenci kamu." –al Dhuha: 2-3

Sebuah doa yg dipohon dgn hati yg ikhlas akan lebih mustajab di waktu malam. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Tuhan yg Maha Suci dan Maha Mulia kedudukan-Nya,pada setiap malam Dia akan mengutuskan para malaikat turun ke langit dunia yg paling rendah di sepertiga malam lalu menyeru:" Adakah terdapat sesiapa di kalangan hamba-Ku yg berdoa kepada-Ku?maka akan Aku kabulkan. Adakah sesiapa yg memohon ampun kepada-Ku?nescaya Aku ampunkan....

Dan ketika embun menitis dalam kedinginan malam yg tenang, hati mukmin menangis di limpahi keampunan dan Rahmat Tuhan. Maka berbahagialah org yg menghidupkan malam dgn munajat solat. Firman Allah:

"Orang-orang yg bertakwa itu sedikit tidurrnya di waktu malam,"

Saidina Umar berkata:

"Siang aku tidak dapat tidur ...takut urusanku dgn rakyat terbengkalai.

Malam aku juga tdk dapat tidur...takut urusanku dgn Allah tdk selesai

Awas..kedatangan malam mungkin seiring dgn saat kematian..tidurmu mungkin untuk selama-lamanya...

Kegelapan malam mungkin bersambung ke alam kubur..kerana itulah...sebelum masuk tidur,kita disunatkan berdoa:

"Ya Allah dengan nama-Mu yang Mematikan dan Menghidupkan."

Dan ketika bangun keesokkan harinya:

"Syukur kpd Allah yg Menghidupkan kita setelah kita dimatikan . dan kepada-Nya lah kita akan dikembalikan."

Dan ketika memejamkan mata di waktu malam, kenangilah walau sedetik saat kematian...mudah-mudahan kau dapat merasai secebis rasa seperti yg di rasa oleh seorang wali yg bernama Amir bin Abdullah:

" Tidak ku lihat sesuatu yg dinamakan syurga,di mana pencarinya asyik tidur...dan tidak pernah pula ku lihat sesuatu yg dinamakan neraka...di mana orang yg hndak menghindarinya asyik tidur.."

Malam adalah pesta ibdat bg kekasih-kekasih Allah

Di sana mereka perolehi ketenangan yg tdk dapat di cari di disko-disko dan kelab malam...

Ketenangan yg abadi..

Kebahagiaan yg hakiki...

Pernah saidatina Aisyah berkata kpd Rasulullah s.a.w:

" Aku lihat ya Rasulullah kakimu bengkak2 kerana berdiri terlalu lama dlm solat malam..mengapa kau terlalu bersusah payah? Bukankah Allah telah memuliakanmu dan engkau maksum drp segala dosa? Rasulullah s.a.w menjawab:

"wahai Aisyah...aku sekadar ingin mnjadi hamba yg bersyukur."

Malam...

Kalau i dipenuhi ribut petir yg dahsyat

Kenangilah azab Tuhanmu..

Jika ia dihiasi bulan dan bintang

Berharaplah pd Rahmat-Nya

Malam..

kau adlh tanda kebesaran-Nya

Keindahanmu jd sumber ilham penyair dan pujangga

Kejadianmu mnjadi kajian para ilmuwan dan sarjana

Tetapi siapakah yg akan memuji Dia pencipta-Mu

Malam...

Jgnlah kau lindungi insan daripada melihat pencipta-Mu

Engkau mmg indah...tp Penciptamu lbh indah

Ahad, 16 Ogos 2009

RaHSiA CiNtA SeOrAnG HaWa




Assalamualaikum……

Bicaraku kali ini adlh tentang hakikat cinta HAWA…ya tentang cinta mmg tidak akn pernah habis dibicarakan….Aku bukan pujangga yg hebat dalam membahas tentang cinta. Aku ingin bicara atas nama wanita. Wanita adalah makhluk yg sempit akal dan mudah terbawa-bawa emosinya…sangat mudah bg golongan adam utk membuat golonganku bermimpi.


Tolong..berhentilah memberi angan-angan kpd kami. Mungkin kami akn memuncung tika di sapa, atau membuang muka kalau di puji. Tetapi sejujurnya, ada perasaan bangga. Bukan suka kpd kamu (mungkin)tetapi suka kerana diperhatikan lebih.


Di antara kami, ada golongan hawa yg pandai menjaga diri. Tetapi tidak semua kami mempunyai hati yg suci. Oleh itu kpd golongan adam....jangan kamu tawarkan sebuah ikatan bernama ta'aruf bila kamu benar-benar belum bersedia akan situasinya. Sebuah ikatan yg tidak pasti yg boleh jd berumur tidak Cuma dalam hitungan bulan tetapi menginjak usia tahun, tanpa kepastian bila akan dipastikan. Seringkali .....persahabatan itu dibungkus label 'ukhwah fillah' dan seringkali jg persahabatan antara golongan hawa dan adam ini dijangkiti virus yg bernama 'rasa' dan 'makna'...kerana tiada suatu hubungan pun yg tidak berkait dgn soal 'rasa' .


Sebelum kamu memutuskan untuk mendatangi kami...jwb dulu pertanyaan ini dgn jujur. Setelah tiga bulan kamu mendatangi dan menyatakan cinta, kamu masih belum bersedia mengikrarkan dlm sebuah pernikahan??atau kamu masih memerlukan masa yg lebih lama dan meminta kami menunggu dgn alasan yg tidak syar'i dan terlalu duniawi....jika jwpn kamu YA, bermakna kamu lebih 'hebat' dan 'berani' daripada Saidina Ali. Dia hanya berani mengatakan cinta kepada Fatimah, setelah menikah. Ali.. Pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w tetap menunggu waktu bertahun-tahun untuk mengatakannya. Bukan kerana pengecut, tetapi kerana dia adalah lelaki kualiti syurga.


Tolong, kami tidak ingin menyakiti hati calon suami kami yg sebenarnya. Mereka berusaha menjaga hijab, agar datang kpd kami dalam keadaan suci hati, tetapi kami malah menjaja cinta kepada lelaki yg belum tentu menjadi suami kami. Atau kamu sekarang sudah berani menjamin bahawa kamu adlh calon suami kami yg sebenarnya???.maaf... wanita itu lemah dan mudah ditaklukkan. Sebagai saudara kami, tolong..jagalah kami. Kerana kami jd lemah dgn surat cinta kalian.


Bukankah akn lebih indah bila kita bertemu dgn jalan yg diberkati-Nya? Bukankah lebih membahagiakan bila kita dipertemukan dlm situasi yg diredhai-Nya?

Bukan Cuma saat menikah, tetapi saat pertemuan yg juga bebas dari maksiat. Allah maha Pencemburu Dia maha Memiliki kami..maka mintalh kepada-Nya sebelum mendatangi kami.


Akhir kalam....

Tentang jodoh..aku takkan runsingkannya lagi, seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Takkan mengundur dan ke depan sedikit pun. Aku yakin ssorang di sana telah diciptakan Allah khusus utkku. Bukankah manusia diciptakan berpasang-pasangan. Mungkin dia, mungkin jg bkn. Bila dia adalah ikhwan yg baik bagiku, namun Allah tak izinkan dia utk menikahiku, maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yg jauh lebih baik daripda dia utkku. Kerana aku tahu Allah takkn pernah mengecewakanku.


Tentang dia...dia mungkin telah tersedar telah mensia-siakan waktunya utkku...ya,jalan itu masih panjang....dan dia pun memilih mencintai Kekasih Sejati daripada diriku..subhanallah..bagaimana mungkin aku tidak semakin mencintai dia.....dan jelaslah bahawa dia berhak mendapatkn wanita yg jauh lebih baik daripadaku...kudoakan semoga dia dikurniakan isteri yg solehah, yg jauh lebih baik daripada yg pernah di bayangkan sebelumnya...kerana Allah takkn pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.


"Ya ALLAH aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yg mencintai-Mu, juga kpd amal perbuatan yg akan mendekatkan diriku untuk lebih mencintai-Mu.."



UnTuK YaNg TeRCiNtA


Aku menerimamu

Kerana cintamu pada-Nya

Aku mengasihimu kerana

Kasihmu pada-Nya

Adakah aku kau pilih

Kerana pilihan-Nya untukmu?

Terimalah aku bukan kerana mahar

Yang kau beri padaku

Bukan jua kerana cintamu padaku

Melebihi cintamu pada-Nya

Tetapi kerana aku adalah

Perempuan yg dijodohkan-Nya untkmu

Kasihilah aku...sayangilah aku..

Kerana ketaatanmu pada-Nya

Moga mahligai yg dibina

Direstui...diberkati...

Hingga ke syurga...


"AkU MeNciNTaiMu KeRaNa aGaMa Yg AdA PaDaMu..JiKa KaU HiLaNgKaN aGaMa DaLaM DiRiMu MaKa HiLaNgLaH CiNTaKu PaDaMu..."



Isnin, 10 Ogos 2009

BeRunTunGnYa KiTa iNi…


Seorang yg alim lagi bijaksana telah melalui hadapan rumah seorang lelaki. Orang alim itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang alim itu bertanya kepada lelaki tersebut," kenapa kamu memukul kucing yg lemah itu?

Jawab lelaki tersebut," Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kedinginan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan dan minuman

" Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi setelah kucing itu sihat, ia membuang najis dan kotoran di merata-rata tempat di rumahku,"

Kemudian berkatalah si alim yang bijak itu,"Ini sebenarnya peringatan dan ibarat antara kita dengan Allah, DIA telah memelihara kita sejak dari kecil lagi yg sememang lemah dan dhaif, lalu ALLAH berikan kita makanan, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yg kita rasakan, kita derhaka kepada-NYA dan belum mengikut cara hidup kekasih-NYA, iaitu Rasulullah s.a.w. lihatlah betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita walaupun kita derhaka kepada-NYA, DIA masih belum memukul dan menyeksa kita dengan azab-NYA."

Kemudian pergilah orang alim itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap ALLAH. Jika dia lambat diperingatkan oleh orang alim tersebut, sudah tentu dia akan dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah ALLAH kelak kerana telah mencuba menyeksa kucingnya.




BERUNTUNGNYA KITA INI….


Seorang yg alim lagi bijaksana telah melalui hadapan rumah seorang lelaki. Orang alim itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang alim itu bertanya kepada lelaki tersebut," kenapa kamu memukul kucing yg lemah itu?

Jawab lelaki tersebut," Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kedinginan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan dan minuman

" Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi setelah kucing itu sihat, ia membuang najis dan kotoran di merata-rata tempat di rumahku,"

Kemudian berkatalah si alim yang bijak itu,"Ini sebenarnya peringatan dan ibarat antara kita dengan Allah, DIA telah memelihara kita sejak dari kecil lagi yg sememang lemah dan dhaif, lalu ALLAH berikan kita makanan, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat ALLAH yg kita rasakan, kita derhaka kepada-NYA dan belum mengikut cara hidup kekasih-NYA, iaitu Rasulullah s.a.w. lihatlah betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita walaupun kita derhaka kepada-NYA, DIA masih belum memukul dan menyeksa kita dengan azab-NYA."

Kemudian pergilah orang alim itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap ALLAH. Jika dia lambat diperingatkan oleh orang alim tersebut, sudah tentu dia akan dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah ALLAH kelak kerana telah mencuba menyeksa kucingnya.

Blog Widget by LinkWithin